Wednesday, April 29, 2009

maafkan saya mama...............






coretan ini lahir dari hati seorg anak....



anak yg sering mengecewakan, menghampakan permintaan mama nya .....
yg sering melukakan hati seorg mama......
dgn rendah hatinya saya memohon jutaan kemaafan dari mama....
biarpun saya yakin mama tidak akan membaca blog ini, namun saya pasti dia akan merasai kekesalan yg teramat sgt dari hati seorg anak......



MAAFKAN SAYA MAMA......



saya akui semenjak bergelar isteri 7 tahun yg lalu saya sering mengecewakan mama dari hal yg remeh-temeh hinggalah ke perkara yg besar2 .... acapkali saya megabaikan permintaanya.... hakikat nya saya tersepit ibarat "di telan mati emak diluah mati bapak"..... banyak hati yg perlu saya jaga.... banyak kemahuan yg perlu saya penuhi..... banyak pengorbanan yg perlu saya tempuhi..... hanya Allah Yang Maha Mengetahui.....



semenjak bergelar isteri ..... saya dan suami sgt berbeza dlm prinsip kekeluargaan .... bagi nya hanya keluarga rapat dan terdekat menjadi fokus nya sebaliknya bagi saya semua ahli keluarga sebelah mama, sebelah papa, sebelah mertua, sanak saudara serta sesiapa sahaja yg mempunyai pertalian darah adalah fokus saya.... jadi setiap aktiviti kekeluargaan yg melibatkan semua individu berkenaan seboleh2 nya ingin saya sertai... setiap kali Aidilfitri rumah mereka semua ingin saya kunjungi



tapi apakan daya.....



suami ialah seorg individualistik yg tidak berapa betah berada di rumah org untuk jangkamasa yg lama.... saya tidak menyalahkan nya malah cuba memahami nya memandangkan di rumah maknya (ibu mertua saya) pun dia tidak betah duduk lama2 apatah lagi tidur di sana..... suami sanggup berlari pulang ke rumah utk melepaskan hajat (buang air besar)... baginya dia lebih selesa di tandas sendiri, tidur di katil sendiri di bilik sendiri... semua urusan peribadi lebih selesa di lakukan di rumah sendiri....




hakikat inilah yg mendorong tindakan saya menghampakan banyak permintaan mama.... mama sering mengharapkan kami sekeluarga meluangkan masa di Klang Jaya (rumah mama) apabila sanak saudara bertandang ke rumah dan ini lah permintaannya yg sering kali gagal saya penuhi dek kerana ketidakbetahan suami, cuti yg berbeza (kami bercuti setiap hari Jumaat) dan selalunya mereka berkunjung ke rumah pada hujung minggu serta segala masalah domestik yg tidak dapat di elakkan....


saya tahu mama sering ditempelak oleh sanak saudara tentang kesibukan kami namun saya percaya semua nya tersimpan rapi di dalam hati mama, jarang sekali mama meluahkan ketidakpuasan hatinya tetapi sebagai anak saya bole membaca dari riak air muka mama..... sesungguh nya mama terluka dgn sikap kami.... yg sering mengabaikan permintaannya...


walaupun kerap mengecewakan mama..... tetapi mama tidak pernah berhenti menyokong perniagaan kami, sentiasa memberi sokongan yg padu dan mendoakan yg terbaik buat kami (anak yg selalu menghampakannya)..... jika semalam kami megecewakannya..... hari ini dia pasti muncul di cafe seolah-olah tiada apa yg berlaku walupun hati kecil nya pasti terasa dgn perlakuan kami... oh!!!! saya merasa sgt berdosa dgn mama.......


mama...... maafkan saya.... saya berjanji akan meluangkan lebih banyak masa dgn mama selepas ini.... sesunguhnya saya sgt bertuah mempunyai mama yg terbaik.... maafkan saya kerana gagal menjadi anak yg baik n sempurna kerana sering mengecilkan hati mama.....



mama... you're the greatest mum in this world... i love you so much.....


yang benar...







- anakmu.....

4 comments:

Mamamarina said...

Kak Aida - sedih bace..

Unknown said...

yup...aku faham perasaan ko nyah.diluah mati emak,ditelan mati bapak.kanan emak kita, kiri husband kita...kadang2 kita kat tgh2 yg merana,try as much as we can to be fair to each and every person walaupun makan hati tanpa org sedar.yg paling susah bila kita kena 'berlakon'yg everything was ok n gembira.

ezhamaida said...

yes that's exactly how i felt.. inilah cabaran rumahtangga... hopefully mama n the rest will understand my situation and my dilemma.... n hubby plz don't feel guilty coz i'll never blame you for what had happen... i love all of you...

ezhamaida said...

anyway girls thank you 4 your support.. really appreciate it..